Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 July 2011

Jom Amalkan Ulam Ulaman.

Selamat hari Isnin semua. Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Sya'ban. Cepat masa berlalu :')
Ai rasa time cuti nie ai seorang yang menghabiskan masa dengan laptop, famili dan di rumah. Selesa#
Memang habit ai lepak atas katil lalu online dan berblogging.

Semalam ai balik rumah dah berjumpa dengan atuk dan nenek di kampung. Sedara mara pun ada sekali. Best sangat suasana kampung. Banyak buah buahan dan ulam ulaman. Uols suka tak ulam ulaman..? buah buahan..? eee ai paling suka buah buahan tempatan seperti manggis, durian, rambutan dan banyak lagi.

Kalau uols nak tau juga ai suka makan ulam ulaman. Orang Melayu dulu2 time zaman pemerintahan..ulam ulaman memang menjadi amalan pemakanan nenek moyang kita. Sebab tue umur mereka panjang dan jarang jatuh sakit. Kalau meninggal pun mungkin sebab kemalangan ataupun sakit tua. Jarang dengar ornag dulu meninggal sakit Jantung, sakit Buah pinggang dan kanser. Ada npun mungkin sikit saja kuantitinya..#boleh dikira dengan jari.

Sebab tue ai nak sarankan uols makan ulam ulaman kaduk, ulam raja, ulam timun, salad dan banyak lagu ulam ulaman yang menjadi kegemaraan ai. Mak cakap ai suka makan ulam. Dan tambah mak lagi, makan ulam ulaman nie awet muda tau ;) Buahan buahan pulak banyak sumbang pada nutrisi badan dan vitamin yang diperlukan oleh seorang tubuh manusia.

Jadi ai balik kampung saje, mesti diberi oleh nenek ulam ulaman yang pelbagai jenis termasuk yang agak pelik dan cuma di kampung saje yang ada. Unik kan..? eh jangan tak tahu daun senohom atau daun kesum pun ai buat ulam tau. Walaupun rasanya agak pedas. Pendek kata, ciptaan Allah tu Maha Luas.
Banyak ulam ulaman yang ai tak tahu ai cuba makan setelah di ajar mak dan nenek ;p Sangat sedap ! diceceah pula dengan sambal belacan. Ahaa cakap pasal sambal belacan tadi ai lunch dengan sambal buah macang. Sedap terangkat ! uOls penah rasa tak..? Hee..

Okey, walaupun kita di era moden, amalkan laa ulam ulaman dan buahan buahan dalam pemakanan seharian kite ye. Akhirul khalam, jaga kesihatan yang di kurnia allah sebaik baiknya. Moga haari isnin yg ceria. As salam.

2 Comments:

inna_risna said...

inna xpndai sgt nak mkn ulam2 nie..tp klo buah-buahan nie bedal habis jer..^^

ailullaby said...

hehe.. cuba makan sikit2..pasti boleh.. ;)

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-